aktiviti 5-6 tahun ( puppet cita-cita saya)
Khamis, 18 Ogos 2016 | 10:34 PTG | 0 student comel
assalamualaikum,

hari ni cikgu amy nak kongsikan aktiviti pembelajaran untuk kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. aktiviti ini juga bersesuaian untuk tema pembelajaran iaitu  Cita-cita saya / pekerjaan. aktiviti ini diberi nama Puppet cita-cita saya. sebelum melakukan aktiviti ini, guru mestilah memberi penerangan berkaitan dengan cita-cita . Apa itu cita-cita ? sebab ada kanak-kanak yang tidak tahu apa itu cita-cita. cikgu amy hanya mengambil pekerjaan yang asas sahaja , guru, doktor, polis dan petani. *xleh banyak-banyak nanti x ingat . hehe

okay, pada set induksi , cikgu amy membawa alat-alatan  (bahan maujud) yang berkaitan dengan pekerjaan guru ( pensil, buku) polis ( pistol) doktor (ubat-ubatan dan jarum) petani( cangkul). cikgu amy hanya melakukan teka teki menggunakan alat tersebut untuk menarik minat kanak-kanak di awal pembelajaran . memang serunuk laaa mereka . hehe . lepastu , macam biasa la kene ajar sikit diorang pasal pekerjaan ni, kalau ada lagu lagi best.

ni langkah-langkah membuat puppet pekerjaan.

bahan-bahan 
gambar pekerjaan ( hitam putih )
pensil warna / crayon
salotip
gunting
penyedut minuman ( straw )


sediakan gambar hitam putih untuk kanak-kanak mewarna.

bagi arahan dengan ayat yang mudah untuk kanak-kanak fahami dan menyuruh mereka mewarna mengikut kreativiti masing-masing( cikgu jgn rajin2 nak tolong warnakn ya . )

setelah siap mewarna , guru boleh tolong guntingkn gambar. ( time ni cikgu boleh buat2 rajin)
kemudian , ambil salotip & penyedut minuman ( straw ) tampalkan di bahgian belakang gambar. dah siappp



bagi penutup pelajaran , kanak-kanak diminta untuk menunjukkan puppet kepada kawan-kawan mereka dan menceritakan tentang cita-cita yang dipilih 

Label:


❀ بِسْــــمِ.ﷲِالرَّحْمَنِ.الرَّحِيم ❀
assalamualaikum|hai reader(s) :cikgu amy here ❤! press button for listen a cute song♪ ♫

visitor : cute student(s) 
MOOD : i'm happy.


home
menu

❁geng 95✿
✿ex student KPTM❁
❁dip pend.awal kanak-kanak✿
✿this belog for share about children's education❁
Contact Me : FB | offical blog | instagram


✎ chit chat disini dengan cikgu amy
☂ leave your url link belog
✿ chat yg baikbaik , no negative say here also iklan merapu.